Sunday, 11 December 2011

SOALAN KEFAHAMAN 2

Assalamualaikum.Soalan ini adalah untuk menguji minda kita semua tentang sifat pemurah Allah terhadap manusia. Bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah s.w.t. 


SOALAN KEFAHAMAN

Assalamualaikum. Ruangan soalan ini adalah untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan kemahiran yang dipelajari. Semoga ia dapat membantu kita semua untuk memahami tentang kewujudan Allah s.w.t. Selamat mencuba.



Tuesday, 22 November 2011

RENUNGAN 5 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA SUSAH

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai
kaitan dengan kesusahan atau secara lebih
khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan
dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya
kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal
Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah
Muhammad bin AbdulRahman Al-Habsyi telah
diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait
dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran bulan dan matahari.

Kebersihan Diutamakan

RENUNGAN 4: ALLAH MAHA MENGETAHUI

Mari kita berpantun …

Lihat burung Kasawari ,
Minum di tepi telaga ,
Kita menyorok diri ,
Allah tahu juga .

Di mana Kenari berehat ,
Di dahan pohon Jejawi ,
Tidak berniat jahat ,
Sebab Allah mengetahui .

Di mana sarangTempua ,
Di dahan pohon Angsana ,
Allah mengetahui semua ,
Lagi Maha Bijaksana .


RENUNGAN 3 : MARI BERSAJAK

Alangkah indahnya alam ini,
Luas terbentang mata memandang,
Penghuninya makhluk tiada terbilang,
Di sana haiwan, di sini tumbuhan,
Matahari bersinar, bintang berkerlipan,
Tanda kekuasaan Allah tiada bandingan.

subhanallah, cantiknya alam ini.

RENUNGAN 2: MENANTI DI ALAM BARZAKH

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Selesai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu MenjadiTugu,
NamunTak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Di dalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Di kebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.


RENUNGAN 1: ALLAH MAHA AS-SYAKUR

Lebah bersarang di pokok Jati ,
Menyeri bunga manisan dicari ,
Faedah bersyukur lapang dihati ,
Anugerah Allah hendaklah dicari .

Manis sungguh manisan lebah ,
Mari dimakan dengan roti ,
Faedah bersyukur rezeki bertambah ,
Janji Allah sudahlah pasti .

Kurniaan Ilahi

Monday, 31 October 2011

BUKALAH MATA HATIMU

Kurnia Ilahi terhadap hambanya amat tidak ternilai nikmatnya dan rahmatnya. Syukurilah atas segala nikmatnya.


Tuesday, 11 October 2011

Umat Islam Sentiasa Cemerlang

Salam perkenalan,

Asalamualaikum ,
Razaisma2298 adalah khusus untuk penggunaan pembelajaran blog semasa mengikuti kursus lanjutan pensiswazahan yang sedang berjalan sekarang. Selaras dengan kemajuan teknologi dan kecanggihannya,  saya berharap agar dapat membantu kursus saya nanti.  Amin !!!